Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami

Kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami.

Thursday, December 10, 2009

Studio Iza & Ochan

10 Dec 2009 - Hari ni kami di studio lagi. Kali ini pasangan Fariza & Fauzan pula beraksi di depan lensa kamera kami. Pasangan yang secocok...pandai beraksi...cuma pengantin lelakinya tu, senyumnya macam malu-malu gitu. Biasa la, pengantin baru memang macam tu. Pengantin perempuan pulak...alahai kesian...sampai demam-demam. Apa dah berlaku tu dik???...Tapi dalam banyak-banyak gambar yang kau orang dapat lihat di sini, ada tak rasanya muka-muka yang macam biasa tengok? Ha...macam selalu la, malas nak cerita. Tak payah perkenalkan pun rasanya korang dah kenalkan.....apa nak kata, gitu la seadanya...Untuk Iza & Ochan, sabar ya tunggu album anda 2 minggu lagi, insyaallah...












ha...inilah dia muka-muka yang kami maksudkan tadi...macam mana... betulkan ??? macam biasa nampak je...









captured by shrulfotostudio...make up by sarimah...

Wednesday, December 9, 2009

Muka-muka Interframe...

9 Dec 2009-Sebenarnya blog ni dikhaskan untuk gambar-gambar pengantin kami sahaja tapi memang pening kepala kami kalau ada muka-muka yang kuat interframe macam dia orang ni...asal kami ada photoshoot, hai ada la muka-muka dia orang ni. Nak buat macam ne kan...kengkawan...kang kecik hati lak kalau muka tak masuk kat blog kami ni. Tapi kadang-kadang kalau tak da tukang sibuk, hidup tak meriah, betul tak??? Anyway terima kasih la tolong meriah-meriahkan suasana...


















muka-muka pantang nampak kamera...ha...ha..ha

Studio Exclusive Ija & Ajid













capture by shrulfoto & make up by Lily...

Sunday, December 6, 2009

Fariza & Fauzan










5-6 Dis. 2009- Diam tak diam, kita sampai ke hujung tahun. Tak lama lagi kita nak melangkah ke tahun 2010. Hujung-hujung tahun ni memang ramai yang menamatkan zaman dara & teruna mereka. Biasa la...musim cuti. Kali ini shrulfoto terus mengusung kamera ke Taman Sri Kiambang, Pekan Nenas. Wah...pasangan minggu ni pun nampaknya sama cantik, sama padan, bak pinang dibelah dua. Malam tadi majlis akad nikah telah selamat disempurnakan berwalikan ayah kandung pengantin perempuan. Majlis bertukar syahdu bila ibu dan anak perempuan tidak dapat menahan airmata sewaktu upacara keluarga syakinah dijalankan (ini la specialnya nikah di Johor...) Selesai majlis nikah, dijalankan pula majlis berinai. Meriah sungguh...kaum keluarga berebut-rebut nak inaikan pengantin. Hari ini pula majlis persandingan akan berlangsung pada kurang lebih pukul 2.30 petang. Harap-harap cuaca akan menyebelahi mereka hari ini. Ok...selesai majlis petang nanti, kami akan uploadkan beberapa keping gambar anda di sini .....tunggu ya...

Saturday, December 5, 2009

Nurin & Sofian








28-29 Nov. 2009- Minggu ini shrulfoto ke Kg Pt Semerah pula. Pasangan bahagia kali ini adalah di antara Norennor & Sofian. Seawal jam 8.30 malam kami telah bersedia di rumah pengantin perempuan, menunggu ketibaan pak imam untuk majlis akad nikah kedua mempelai. Selesai diijabkabulkan, raja sehari telah diinaikan oleh ibubapa serta sanak saudara yang hadir memeriahkan majlis. Majlis persandingan pula berlangsung pada jam 2.30 petang keesokan harinya. Ramai tetamu, serta kenalan yang hadir terpegun melihat keayuan wajah pengantin yang telah mendapat sentuhan solekan Lily, juru makeup artist dari D'Riaz Bridal. Kedua pasangan ini akan terus berpossing di depan lensa kamera kami pada minggu hadapan dalam sesi fotografi studio pula. Ok, Nurin...jangan penat-penat sangat tau, nanti tak larat nak possing...





Fadzilah & Saiful









21-22 Nov. 2009 - Selepas majlis di rumah Eita petang tadi, shrulfoto bergegas pula ke Taman Gemilang, Pekan Nenas. Kali ini pasangan Fadzilah (Angah) dan pilihan hatinya Saiful akan diijabkabulkan pada pukul 9.00 malam. Dalam debaran pasangan pengantin menanti ketibaan pak imam, tiba-tiba majlis menjadi kelam kabut bila isteri kawan baik pengantin lelaki tiba-tiba sakit nak bersalin. Macam-macam cerita...tapi itulah antara pelbagai pengalaman yang shrulfoto telah lalui sepanjang menjadi photographer. Selesai diijabkabulkan, kedua pasangan telah menjalani majlis berinai. Mempelai memang nampak anggun dengan busana berwarna perak. Majlis persandingan pula berlangsung keesokan harinya dengan bertemakan warna coklat keemasan. Satu istimewanya pasangan ini ialah selepas majlis persandingan, pasangan pengantin telah membawa shrulfoto ke tempat kerja mereka (SHIMANO). Hai...depan kilangpun nak bergambar ke dik??? Rupa-rupanya SHIMANO tempat mereka mula berkenalan hingga membawa ke jinjang pelamin...so sweet...Apa-apa aje la dik, yang penting gambar cantik. Tapi jangan lupa dik, lepas ni kita ada studio pula minggu depan. Nanti boleh sambung lagi possing. Untuk Angah & Saiful, selamat pengantin baru.

Eita & Eirul







21 Nov. 2009 - Majlis perkahwinan Eita & Eirul bermula dengan majlis pernikahan kedua mempelai berlangsung di Masjid Jamek Pontian seawal jam 10.00pagi. Bertemankan kedua ibubapa mempelai serta sanak saudara terdekat, kedua pasangan nampak tenang sewaktu diijabkabulkan. Majlis bersanding pula berlangsung pada jam 2.30 petang. Bertemakan serba kehijauan, majlis berlangsung dalam suasana yang amat meriah dengan kehadiran para tetamu. Suatu perkara yang shrulfoto tak boleh lupa tentang pengantin ini ialah nasi lemak mak pengantin perempuan yang memang meletup!!! Terima kasih kepada emak pengantin perempuan yang telah menyediakan sarapan pagi nasi lemak sambal sotong untuk kami. Bubur kacang duriannya pun sedap...Ok lah, buat kedua pengantin kami ucapkan Selamat Pengantin Baru.


jelingan manja menikam kalbu...

jelingan manja menikam kalbu...

kasih meniti senja

kasih meniti senja

walau seribu tahun, dinda tetap menanti kanda

walau seribu tahun, dinda tetap menanti kanda