Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami

Kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami.

Sunday, June 14, 2009

Fairuz & Azizi
























































13 Jun 2009 - Tepat jam 10.30 pagi, bersaksikan ayah bonda & seisi keluarga, pasangan Siti Fairuz & Azizi telah selamat diijabkabulkan. Kedua pasangan sedondon berpakaian serba hijau. Selesai majlis akad nikah, pengantin ditemani sanak saudara dijamu dalam majlis makan berdamai. Majlis yang sederhana tetap terasa kemeriahannya bila rakan-rakan turut sama meraikannya. Pasangan mempelai kelihatan anggun dan bergaya dengan busana dari D'Riaz Bridal collection. Shrulfoto Studio @ D'Riaz Bridal Collection menggucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan pengantin sekeluarga atas layanan dan kerjasama yang diberikan kepada kami sepanjang kami merealisasikan majlis kedua mempelai ini. Kepada Fairuz & Azizi, diucapkan Selamat Pengantin Baru, moga kekal ke akhir hayat....

Friday, June 12, 2009

Ayu & Sham
























































7 Jun 2009 - Perak & Johor, bertemu di Melaka, menjadi kenangan cinta Sham & Ayu sebelum mereka selamat disatukan. Bertempat di Kg Sri Gunung Pulai, bersaksikan sanak saudara dan rakan, kedua mempelai selamat diijabkabulkan pada 6 Jun 2009, jam 3.30 petang. Majlis berinai berlangsung pada sebelah malamnya, menyaksikan kedua pasangan pengantin sedondon berpakaian merah jambu. Manakala majlis persandingan pula bertemakan suasana serba kebiruan lambang cinta kedua mempelai. Mendapat sentuhan solekan dari juru mekap artis, Dino sambil menggayakan busana dari D'Riaz Bridal collection, kedua mempelai nampak anggun dan berseri.

Biarpun majlis persandingan agak terlewat disebabkan cuaca yang kurang baik, namun majlis tetap berjalan dengan lancar dan meriah. Shrulfoto studio merakamkan ucapan terima kasih kepada pengantin serta kedua ibubapa mereka yang telah memberikan kerjasama yang amat baik kepada kami sepanjang kami menjalankan tugas mengabadikan memori indah kedua pasangan ideal ini. Pasangan pengantin memang cukup 'sporting' dan pandai bergaya di depan lensa kamera kami. Kepada kedua mempelai diucapkan Selamat Pengantin Baru....

Fara & Nizam





































6 Jun 2009 - Bertempat di Dewan Sg. Bunyi, Pontian, majlis persandingan Fara & Nizam telah berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan. Sehari sebelum majlis persandingan berlangsung, kedua mempelai telah selamat diijabkabulkan di Masjid Jamek Sg. Bunyi. Bertemakan warna 'pink-purple', kedua mempelai nampak anggun dan bergaya menggayakan busana dan solekan dari D'Riaz Bridal Collection, Pekan Nenas.

Shrulfoto studio mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengantin seisi keluarga atas kerjasama dan layanan yang amat baik yang diberikan sepanjang kami mengabadikan kenangan manis bagi kedua mempelai ini. Selamat Pengantin Baru buat Fara & Nizam dan moga berbahagia ke akhir hayat.









jelingan manja menikam kalbu...

jelingan manja menikam kalbu...

kasih meniti senja

kasih meniti senja

walau seribu tahun, dinda tetap menanti kanda

walau seribu tahun, dinda tetap menanti kanda