Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami

Kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami.

Monday, February 16, 2009




















15 Februari 2009-Majlis menyambut menantu bagi pasangan raja sehari Ipin dan Ira telah berlangsung dalam suasana serba kehijauan. Kunjungan saudara mara dan rakan taulan menyerikan lagi suasana majlis. Pengantin perempuan begitu anggun menggayakan pakaian dan solekan dari D'Riaz Bridal Collection. Shrul foto studio yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengabadikan kenangan manis dua sejoli ini ingin mengambil kesempatan umtuk mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak serta ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ipin & Ira.

Sunday, February 8, 2009

Majlis Persandingan Ina & Li







Alhamdullillah, tugas kami mengabadikan detik bersejarah kedua mempelai hari ini berjalan dengan lancar bertemankan cuaca yang sungguh baik. Majlis yang dihadiri saudara dan taulan menyaksikan kedua raja sehari bersanding di atas pelamin tepat jam 3.00 petang. Kami dari shrul foto studio mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan dua sejoli ini.

Majlis Berinai Ina & Li




Semalam, 7 Februari 2009, jam 10.00 malam telah berlangsung majlis berinai pasangan raja sehari Ina dan Li, bertempat di Batu 26, Jalan Johor, Pekan Nenas, Johor. Majlis yang sederhana menjadi meriah dengan kunjungan sanak saudara dan rakan taulan. Pasngan ideal ini kelihatan kekok dan malu-malu sewaktu diminta bergaya di hadapan kamera.


Saturday, February 7, 2009

Saya berasa teruja dengan pelancaran blog shrulfotostudio ini...

Perasmian blog shrulfotostudio

Hari ini 7 Februari 2009, blog shrulfotostudio telah dilancarkan dengan rasminya oleh Kumpulan Niang Rapik.

jelingan manja menikam kalbu...

jelingan manja menikam kalbu...

kasih meniti senja

kasih meniti senja

walau seribu tahun, dinda tetap menanti kanda

walau seribu tahun, dinda tetap menanti kanda