




21-22 Nov. 2009 - Selepas majlis di rumah Eita petang tadi, shrulfoto bergegas pula ke Taman Gemilang, Pekan Nenas. Kali ini pasangan Fadzilah (Angah) dan pilihan hatinya Saiful akan diijabkabulkan pada pukul 9.00 malam. Dalam debaran pasangan pengantin menanti ketibaan pak imam, tiba-tiba majlis menjadi kelam kabut bila isteri kawan baik pengantin lelaki tiba-tiba sakit nak bersalin. Macam-macam cerita...tapi itulah antara pelbagai pengalaman yang shrulfoto telah lalui sepanjang menjadi photographer. Selesai diijabkabulkan, kedua pasangan telah menjalani majlis berinai. Mempelai memang nampak anggun dengan busana berwarna perak. Majlis persandingan pula berlangsung keesokan harinya dengan bertemakan warna coklat keemasan. Satu istimewanya pasangan ini ialah selepas majlis persandingan, pasangan pengantin telah membawa shrulfoto ke tempat kerja mereka (SHIMANO). Hai...depan kilangpun nak bergambar ke dik??? Rupa-rupanya SHIMANO tempat mereka mula berkenalan hingga membawa ke jinjang pelamin...so sweet...Apa-apa aje la dik, yang penting gambar cantik. Tapi jangan lupa dik, lepas ni kita ada studio pula minggu depan. Nanti boleh sambung lagi possing. Untuk Angah & Saiful, selamat pengantin baru.
No comments:
Post a Comment