Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami

Kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami.

Saturday, March 21, 2009

Norlia & Razi
























































































21 Mac 2009- 15 Mac yang lalu, shru foto studio turut merakamkan satu lagi majlis perkahwinan pasangan bahagia Norlia & Razi, bertempat di Kg.Pt Jambi, Rengit. Bermula seawal jam 7.30 pagi, raja sehari telah mendapat sentuhan solekan dan dandanan dari butik pngantin D'Rias bagi persiapan majlis pernikahan.




Selesai majlis pernikahan, pasangan mempelai disandingkan di atas pelamin indah bersaksikan saudara & rakan taulan. Seterusnya, pasangan raja sehari & sanak saudara dijamu dalam majlis makan berdamai. Walaupun hujan turun dengan lebat, majlis tetap berlangsung dengan suasana sederhana namun tetap meriah.




Pasangan pengantin turut merakamkan detik-detik indah perkahwinan mereka di studio shrul foto. Nantikan 'story album' perkahwinan anda. Kepada pasangan bahagia ini, diucapkan Selamat Pengantin Baru, moga kekal ke akhir hayat...

Majlis Perkahwinan Huda & Mazhan




























































21 Mac 2009-Minggu yang amat sibuk bagi shrul foto studio hingga tidak sempat nak 'update' gambar-gambar pengantin di blog. Kepada pasangan Huda & Mazhan, kami mohon maaf atas kelewatan 'upload' gambar-gambar anda minggu lalu.

Walaubagaimanapun, shrul foto amat berpuas hati sewaktu menjalankan tugas merakamakan gambar pasangan ideal ini pada minggu lalu. Pasangan dua sejoli ini 'very supporting' & sentiasa memberikan pose-pose yang terbaik untuk kami rakamkan. Majlis bertambah meriah dengan kehadiran rakan taulan & saudara mara yang juga turut memberikan kerjasama yang sangat baik kepada kami. Huda yang mendapat sentuhan solekan dan dandanan dari AZ Salon sewaktu majlis berinai & persandingan, nampak sungguh ayu dan berseri.

Seterusnya, pasangan mempelai turut merakamkan detik-detik bahagia mereka sekitar tempat-tempat menarik yang ada di bandar JB. Kepada kedua pasangan ini, sabarlah menunggu 'story album' anda berdua. Untuk sementara waktu, lihatlah dulu beberapa keping foto yang sempat kami muatkan di sini.

Monday, March 9, 2009

Nana & Lokman






































8 Mac 2009-Hari ini shrul foto studio ditugaskan merakamkan detik-detik bersejarah majlis persandingan Nana & Lokman. Majlis persandingan disaksikan kenalan dan saudara mara kedua mempelai. Cuaca yang begitu baik memudahkan lagi kerja-kerja kami mengabadikan kenangan majlis kedua pasangan ini. Sehari sebelum berlangsungnya majlis persandingan ini, kedua mempelai telah selamat diijabkabulkan di Masjid Jamek Jeram Batu. Kemudian kedua mempelai telah diarak ke rumah pengantin perempuan bagi menjalani acara berinai pula.

Majlis persandingan kedua raja sehari ini diteruskan lagi pada sebelah malamnya pula apabila kedua mempelai ini diraikan pula di rumah keluarga pengantin lelaki dalam majlis menyambut menantu. Majlis yang sederhana menjadi meriah dengan kunjungan saudara mara menjamu selera dengan pelbagai hidangan yang enak-enak. Shrul foto studioingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada kedua mempelai serta keluarga kedua belah pihak yang telah memberikan kerjasama & layanan yang amat baik kepada kami. Kepada Nana & Lokman, selamat pengantin baru,moga kekal bahagia ke akhir hayat.

Sunday, March 8, 2009

Ju & Farhan











7 Mac 2009-Berlangsungnya majlis pernikahan & persandingan pasangan Ju & Farhan. Majlis yang sederhana namun tetap meriah dengan kunjungan teman dan saudara mara. Bertemakan warna coklat keemasan, kedua mempelai nampak anggun dan bergaya. Shrul foto studio bersama juru solek, Pn. Nozie ingin merakamkan ucapan terima kasih dan selamat pengantin baru kepada Ju & Farhan. Moga kekal bahagia ke akhir hayat.

Sunday, March 1, 2009

Gala Seri Pesona Pengantin Ke10




























28 Mac 2009-Bertemakan renjis-renjis dipilis, berlangsungnya Gala Seri Pesona Pengantin Ke10 selama 1 minggu, bermula 27 Feb. - 8 Mac 2009 di Plaza Angsana, Johor Bahru. Memulakan acara perasmian dengan 'Walk away Bride' oleh model-model pengantin dari Butik-butik Pengantin terkenal di Johor Bahru. Majlis diserikan dengan kehadiran pasangan pengantin baru, Que Haidar & Linda Jasmin mendahului majlis perarakan.

Shrul foto studio telah terlibat secara langsung dalam merakamkan detik-detik kemeriahan itu bagi pihak Zeful Bridal yang turut serta dalam majlis tersebut. Pelabagai acara telah diatur sepanjang 1 minggu pameran ini berlangsung. Shrul foto sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik sepanjang majlis ini. Model dari Zeful Bridal mendapat sentuhan dari juru solek artis, Dino & Umie.














jelingan manja menikam kalbu...

jelingan manja menikam kalbu...

kasih meniti senja

kasih meniti senja

walau seribu tahun, dinda tetap menanti kanda

walau seribu tahun, dinda tetap menanti kanda