Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami

Kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami.

Monday, March 9, 2009

Nana & Lokman






































8 Mac 2009-Hari ini shrul foto studio ditugaskan merakamkan detik-detik bersejarah majlis persandingan Nana & Lokman. Majlis persandingan disaksikan kenalan dan saudara mara kedua mempelai. Cuaca yang begitu baik memudahkan lagi kerja-kerja kami mengabadikan kenangan majlis kedua pasangan ini. Sehari sebelum berlangsungnya majlis persandingan ini, kedua mempelai telah selamat diijabkabulkan di Masjid Jamek Jeram Batu. Kemudian kedua mempelai telah diarak ke rumah pengantin perempuan bagi menjalani acara berinai pula.

Majlis persandingan kedua raja sehari ini diteruskan lagi pada sebelah malamnya pula apabila kedua mempelai ini diraikan pula di rumah keluarga pengantin lelaki dalam majlis menyambut menantu. Majlis yang sederhana menjadi meriah dengan kunjungan saudara mara menjamu selera dengan pelbagai hidangan yang enak-enak. Shrul foto studioingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada kedua mempelai serta keluarga kedua belah pihak yang telah memberikan kerjasama & layanan yang amat baik kepada kami. Kepada Nana & Lokman, selamat pengantin baru,moga kekal bahagia ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment



jelingan manja menikam kalbu...

jelingan manja menikam kalbu...

kasih meniti senja

kasih meniti senja

walau seribu tahun, dinda tetap menanti kanda

walau seribu tahun, dinda tetap menanti kanda