Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami

Kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami.

Sunday, October 18, 2009

Nisak & Fakhzan

17 Oktober 2009 - Selamat Hari Deepavali kepada semua kaum India. Dalam kesibukan orang-orang India beraya, yang Melayunya pula tidak melepaskan peluang cuti panjang hujung minggu ini untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Kepada Nisak & Fakhzan, Selamat Pengantin Baru kami ucapkan. Pasangan dua sejoli dari Batu Pahat & Johor Bahru ini khabarnya bertemu kasih di UKM dan akhirnya sepakat memeteraikan janji bersama pada 17 Okt. tepat jam 10.30 pagi di Taman Kemas Johor. Majlis yang sederhana namun tetap meriah diraikan bersama saudara mara dan taulan. Yang 'specialnya' di rumah pengantin perempuan ni, menu pencuci mulutnya...taufufa. Emm...memang enak, rugi siapa tak rasa. Cuaca yang amat cerah memberi peluang kedua mempelai ini mengabadikan hari bersejarah mereka di perkarangan Masjid Sultan Abu Bakar, JB selepas majlis persandingan mereka. Ok lah, kepada kedua pasangan pengantin baru ini kami doakan moga bahagia ke akhir hayat...amin.




















Apa khabar semua????

Hai bertemu kembali setelah sekian lama shrulfoto bersembunyi. Bukan bersembunyi tetapi terbelenggu dengan masa dan tugasan yang menimbun hingga tak sempat melayari blog. Anyway, shrulfotostudio masih tetap setia bersama pelanggan-pelanggan yang dikasihi. Sejak awal minggu pertama Aidilfitri kami telah mula memikul kamera semula setelah berehat selama sebulan sepanjang Ramadhan yang lalu. Kepada pelanggan-pelanggan yang kami tidak sempat untuk upload gambar-gambar mereka secara ekslusif selepas majlis mereka tempohari, kami mohon berbanyak-banyak maaf. Untuk tidak menghampakan, tatapilah antara gambar-gambar anda yang sempat kami uploadkan di sini untuk sementara waktu menanti album-album anda kami siapkan. Ok, jangan marah...senyum-senyum selalu...




































Sunday, June 14, 2009

Fairuz & Azizi
























































13 Jun 2009 - Tepat jam 10.30 pagi, bersaksikan ayah bonda & seisi keluarga, pasangan Siti Fairuz & Azizi telah selamat diijabkabulkan. Kedua pasangan sedondon berpakaian serba hijau. Selesai majlis akad nikah, pengantin ditemani sanak saudara dijamu dalam majlis makan berdamai. Majlis yang sederhana tetap terasa kemeriahannya bila rakan-rakan turut sama meraikannya. Pasangan mempelai kelihatan anggun dan bergaya dengan busana dari D'Riaz Bridal collection. Shrulfoto Studio @ D'Riaz Bridal Collection menggucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan pengantin sekeluarga atas layanan dan kerjasama yang diberikan kepada kami sepanjang kami merealisasikan majlis kedua mempelai ini. Kepada Fairuz & Azizi, diucapkan Selamat Pengantin Baru, moga kekal ke akhir hayat....

Friday, June 12, 2009

Ayu & Sham
























































7 Jun 2009 - Perak & Johor, bertemu di Melaka, menjadi kenangan cinta Sham & Ayu sebelum mereka selamat disatukan. Bertempat di Kg Sri Gunung Pulai, bersaksikan sanak saudara dan rakan, kedua mempelai selamat diijabkabulkan pada 6 Jun 2009, jam 3.30 petang. Majlis berinai berlangsung pada sebelah malamnya, menyaksikan kedua pasangan pengantin sedondon berpakaian merah jambu. Manakala majlis persandingan pula bertemakan suasana serba kebiruan lambang cinta kedua mempelai. Mendapat sentuhan solekan dari juru mekap artis, Dino sambil menggayakan busana dari D'Riaz Bridal collection, kedua mempelai nampak anggun dan berseri.

Biarpun majlis persandingan agak terlewat disebabkan cuaca yang kurang baik, namun majlis tetap berjalan dengan lancar dan meriah. Shrulfoto studio merakamkan ucapan terima kasih kepada pengantin serta kedua ibubapa mereka yang telah memberikan kerjasama yang amat baik kepada kami sepanjang kami menjalankan tugas mengabadikan memori indah kedua pasangan ideal ini. Pasangan pengantin memang cukup 'sporting' dan pandai bergaya di depan lensa kamera kami. Kepada kedua mempelai diucapkan Selamat Pengantin Baru....

Fara & Nizam





































6 Jun 2009 - Bertempat di Dewan Sg. Bunyi, Pontian, majlis persandingan Fara & Nizam telah berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan. Sehari sebelum majlis persandingan berlangsung, kedua mempelai telah selamat diijabkabulkan di Masjid Jamek Sg. Bunyi. Bertemakan warna 'pink-purple', kedua mempelai nampak anggun dan bergaya menggayakan busana dan solekan dari D'Riaz Bridal Collection, Pekan Nenas.

Shrulfoto studio mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengantin seisi keluarga atas kerjasama dan layanan yang amat baik yang diberikan sepanjang kami mengabadikan kenangan manis bagi kedua mempelai ini. Selamat Pengantin Baru buat Fara & Nizam dan moga berbahagia ke akhir hayat.











jelingan manja menikam kalbu...

jelingan manja menikam kalbu...

kasih meniti senja

kasih meniti senja

walau seribu tahun, dinda tetap menanti kanda

walau seribu tahun, dinda tetap menanti kanda